Please or Register to create posts and topics.

Program Qurban Anjuran GTRMeat 2021/1442

Kami menawarkan pakej lengkap yang merangkumi tugas-tugas mengurus, mengendali dan menyempurnakan ibadah Aqiqah dan Qurban bagi pihak pelanggan kami.

InshaAllah, GTRMeat.my (Koop GTR) yang bekerjasama dengan Kijang Kota Trading iaitu salah seorang ahli koperasi pengusaha ternakan ruminan mampu dan bersedia menerima wakil/amanah tersebut.

Anda boleh melaksanakan ibadat tersebut secara berkongsi ternakan dengan membuat pilihan untuk 1,2,3,4,5,6 ataupun 7 bahagian.

Ternakan terpilih, cukup umur, makan makanan yang halal, sehat dan jinak. Anggaran berat kambing/bebiri 30 – 45 kg dan berat bersih 15 – 22kg. Anggaran berat lembu hidup 230 – 280kg dengan berat bersih sekitar 18kg sebahagian. Penyembelih bertauliah, syarikat berdaftar dan sentiasa di pantau selia oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Penyembelihan di lakukan di kandang Seri Putra setiap jumaat, anda boleh melihat dan mengambil sendiri daging sembelihan, melantik ‘runner’ atau kami akan serahkan kepada madrasah, rumah anak yatim atau asnaf yang memerlukan.

________________________________________

AUTHORITI

 

Kakitangan unit sembelihan mempunyai Tauliah Sembelihan dan tempat sembelihan berdaftar serta mendapat kebenaran Penyembelihan Luar bagi tujuan Aqiqah/Qurban setiap kali penyembelihan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

_________________________________

PLAG KANDANG

______________________________________

Tauliah Sembelih

________________________________________

JAMINAN

Syarikat telah beroperasi sejak 15 tahun yang lalu menyempurnakan berbagai wakil, hajat dan amanah dari pelanggan tepat pada waktunya dengan mengutamakan Keberkatan Berbanding Keuntungan. Ternakan yang di sembelih adalah yang memenuhi syarat syarat sembelihan Aqiqah/Qurban misalnya cukup sifat, cukup umur sempurna muamalatnya dan sebagainya. Bagi pelanggan yang membatalkan tempahan setelah membayar wang pendahuluan, wang tersebut akan di kembalikan sepenuhnya selagi mana ternakkan belum di sembelih.

Main Menu