(Gtr Product) Patty Burger Daging Segar

RM28.00

In stock

  • Patty Burger Daging Segar
  • 150Gram X 4 Patty
Item will be shipped in 1-3 business days
Compare
  Ask a Question
Stokis Peringgit Melaka
SKU: 833422 Category:

Additional information

Weight 0.6 kg

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Reviews

There are no reviews yet.

Store
Price
Details
RM5.50RM7.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
0 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
0 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
0 out of 5
RM28.00
0 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00
5 out of 5
RM28.00

Shipping Policy

Umum

1. Apabila anda membeli sebarang produk ("Produk") dan/atau perkhidmatan pengendalian, penghantaran, pemasangan dan/atau sebarang perkhidmatan lain (“Perkhidmatan”) daripada GTR Meat Halal Hub ("kami", "kita") di www.gtrmeat.my/store/gtr ("Laman Web"), anda mengikat perjanjian yang sah di sisi undang-undang dengan kami berdasarkan Syarat-syarat Pembelian ini. Setiap pesanan yang anda gunakan untuk membeli Produk akan dirujuk sebagai "Pesanan".

2. Anda harus membaca Syarat-syarat Pembelian ini dengan Syarat-syarat Penggunaan, Polisi Privasi Perlindungan Data Peribadi dan Polisi Kuki. Syarat-syarat Penggunaan dan Polisi Privasi akan digabungkan ke dalam Syarat-syarat Pembelian secara rujukan. Berhubung dengan Sabah dan Sarawak, bagi mengelakkan keraguan, dan kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam Syarat-syarat Pembelian ini, Akta Hak Pengguna 2015 UK (yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa) akan dikecualikan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

3. Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten antara Syarat-syarat Pembelian, Syarat-syarat Penggunaan dan Polisi Privasi Perlindungan Data Peribadi, Syarat-syarat Pembelian ini akan mengatasi yang lain-lain.

4. Anda bersetuju bahawa kami boleh mengubah suai Syarat-syarat Pembelian ini tanpa liabiliti dan tanpa notis terdahulu kepada anda. Syarat-syarat Pembelian yang diubah suai akan disiarkan di Laman Web, dan akan berkuat kuasa mulai tarikh ia disiarkan. Anda dinasihatkan supaya menyemak Syarat-syarat Pembelian ini secara kerap kerana mungkin terdapat kemas kini, sebelum membeli sebarang Produk di Laman Web.

5. Anda memahami bahawa anda mesti menyediakan perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan kelengkapan atau perkhidmatan lain yang diperlukan untuk mengakses Laman Web, dan anda sendiri menanggung kosnya. Anda mesti mematuhi semua peraturan yang dikenakan terhadap cara yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web (contohnya akses Internet).

6. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Laman Web tidak dijangkiti virus tetapi kami tidak menjamin bahawa Laman Web adalah bebas daripada virus atau kandungan lain yang berniat jahat.

7. Semua keputusan dan penentuan yang dibuat oleh kami di bawah Syarat-syarat Pembelian ini adalah muktamad.


Produk – Deskripsi dan Harga

8. Kami boleh mengalihkan buat sementara waktu atau selama-lamanya sebarang Produk daripada Laman Web pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis kepada anda.

9. Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa semua maklumat di Laman Web, termasuk deskripsi Produk serta harga yang disenaraikan adalah tepat sepanjang masa.

10. Semasa melayari Laman Web, warna Produk mungkin berbeza bergantung pada beberapa faktor, seperti tetapan paparan monitor komputer anda.

11. Gambar dan imej di Laman Web adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Untuk deskripsi yang tepat tentang sebarang Produk dan perincian yang disertakan dengan Produk, sila baca deskripsi Produk.

12. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua harga Produk yang dipaparkan di Laman Web adalah dalam Ringgit Malaysia dan termasuk cukai yang dikenakan.

13. Walau bagaimanapun, harga Produk tidak termasuk caj Perkhidmatan, yang akan ditambahkan pada jumlah harga Pesanan anda.

14. Kami tidak menjamin bahawa:

(a) harga Produk yang dipaparkan di Laman Web akan sama dengan harga di gedung (dan begitu juga sebaliknya);

(b) sebarang promosi yang ditawarkan di Laman Web akan diberikan di gedung (dan begitu juga sebaliknya); dan

(c) sebarang Produk yang ditawarkan untuk jualan di Laman Web juga akan ditawarkan untuk jualan di gedung (dan begitu juga sebaliknya).

15. Kami berhak untuk mengubah harga, Produk, deskripsi Produk, dan tawaran istimewa pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara kami.


Membuat Pesanan

16. Apabila anda membuat Pesanan, anda menjelaskan dan menjamin kepada kami bahawa:

(a) anda berusia 18 tahun ke atas;

(b) jika anda berusia kurang daripada 18 tahun, anda telah memperoleh keizinan daripada ibu bapa atau penjaga anda untuk membuat Pesanan;

(c) anda diberi kuasa yang sewajarnya untuk menempah Pesanan menggunakan akaun pelanggan.


17. Anda juga perlu memberi kami alamat e-mel yang aktif dan nombor telefon supaya kami dapat menghubungi anda dengan mudah.

18. Jualan Produk adalah tertakluk pada ketersediaan. Jika sebarang Produk yang anda pesan telah kehabisan stok, kami akan menghubungi anda.

Penghantaran Pesanan

19. Semua perkhidmatan penghantaran dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami.

20. Semua perkhidmatan penghantaran dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami. Anda mengakui bahawa perkhidmatan penghantaran sedemikian dibekalkan terus kepada anda oleh mereka.

21. Caj penghantaran adalah berdasarkan penghantaran satu Pesanan ke satu alamat di Malaysia. Caj penghantaran promosi mungkin diberikan mengikut budi bicara kami dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum Pesanan disahkan.

22. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tarikh dan masa penghantaran pilihan anda. Walau bagaimanapun, ada kalanya kami tidak dapat berbuat demikian. Apabila ini berlaku, kami akan menghubungi anda untuk mengatur semula tarikh dan masa penghantaran.

23. Anda harus memberitahu kami tentang sebarang sekatan atau kesukaran penghantaran untuk mengakses hartanah anda apabila anda membuat Pesanan, dan memastikan bahawa kebenaran yang berkaitan diperoleh daripada pihak pengurusan bangunan/kediaman sebelum tarikh penghantaran yang dijadualkan. Jika kami tidak dapat menghantar pada tarikh dan masa penghantaran yang disahkan akibat kesukaran untuk mengakses hartanah anda, caj penghantaran semula akan dikenakan untuk cubaan penghantaran seterusnya. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk melengkapkan penghantaran Pesanan anda sebelum menerima caj penghantaran semula.

24. Penyedia perkhidmatan kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk menunggu anda memberi mereka akses ke hartanah anda kerana mereka juga perlu memenuhi penghantaran lain yang telah dijadualkan untuk hari tersebut. Jika mereka beredar, sebarang cubaan untuk penghantaran semula akan dikenakan caj penghantaran semula.

25. Semasa penghantaran, anda bertanggungjawab untuk memeriksa Produk dan keadaan bungkusan serta memastikan bilangan bungkusan yang betul telah dihantar. Anda akan diminta untuk menandatangani bukti penghantaran untuk mengesahkannya. Jika terdapat sebarang masalah, anda harus memperincikan ini dengan sewajarnya dalam bukti penghantaran. Jika anda enggan menandatangani dokumen penghantaran, ini akan dianggap sebagai keengganan untuk menerima penghantaran.

26. Sila rancang supaya anda ada untuk menerima penghantaran anda. Jika anda tidak ada, mesti terdapat seseorang yang berusia 18 tahun ke atas yang boleh menerima penghantaran bagi pihak anda, dan anda bersetuju bahawa kami boleh bergantung pada arahan orang tersebut seolah-olah arahan itu datang daripada anda sendiri. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengesahkan bahawa orang tersebut telah diberi kuasa oleh anda untuk menerima penghantaran Pesanan. Penyedia perkhidmatan kami tidak dibenarkan untuk meninggalkan sebarang Produk yang belum ditandatangani. Sekiranya penghantaran yang dijadualkan tidak berjaya, caj penghantaran semula akan dikenakan untuk cubaan penghantaran seterusnya. Jika tarikh penghantaran anda yang baharu melebihi 5 hari dari tarikh Pesanan anda, anda mungkin dikenakan caj storan pada kadar semasa. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk melengkapkan penghantaran Pesanan anda atau memberikan sebarang perkhidmatan tambahan yang telah diminta sebelum kami menerima caj tambahan (jika berkaitan).

27. Sekiranya berlaku keadaan yang tidak diduga (seperti kerosakan lori, kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas besar atau cuaca buruk), kami akan berusaha sedaya upaya untuk menghubungi anda untuk mengatur semula tarikh dan masa penghantaran alternatif.

28. Sebelum penghantaran, sila pastikan bahawa terdapat akses dan ruang yang mencukupi di samping kesesuaian tangga dan lif yang memberikan akses untuk penghantaran. Sila alihkan objek-objek yang boleh terjejas semasa penghantaran, seperti lampu, vas, gambar dan lain-lain. Pastikan juga terdapat ruang yang mencukupi di dalam hartanah untuk penghantaran dan pemasangan.

29. Segala usaha akan diambil untuk menghantar Produk ke alamat yang anda tetapkan, dengan syarat bahawa penghantaran itu selamat dan boleh dilaksanakan. Jika penyedia perkhidmatan kami berpendapat bahawa keselamatan kakitangan mereka atau orang-orang lain akan terjejas akibat penghantaran Produk ke alamat yang ditetapkan atau cubaan penghantaran berkemungkinan menyebabkan kerosakan pada Produk atau hartanah di alamat yang ditetapkan (termasuk di sekitar hartanah), mereka akan memberitahu anda. Jika anda masih memutuskan untuk meneruskan penghantaran, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan ke atas Produk atau hartanah.

30. Penyedia perkhidmatan kami tidak akan menggunakan sebarang kelengkapan mengangkat khas dan/atau menanggalkan sebarang lengkapan di alamat yang ditetapkan (contohnya pintu, tingkap, bingkai pintu dan lain-lain) untuk melengkapkan penghantaran. Jika sebarang kelengkapan atau penanggalan sedemikian diperlukan, anda mesti mengaturnya sebelum penghantaran dilakukan. Penyedia perkhidmatan kami tidak akan mengeluarkan atau memasang Produk yang dihantar atau menanggalkan sebarang pembungkusan kecuali anda telah membuat Pesanan untuk perkhidmatan pemasangan. Jika anda bimbang tentang kemungkinan kerosakan pada Hartanah (contohnya lantai dan lain-lain) semasa penghantaran, sila pastikan anda melindungi hartanah anda (contohnya lantai dan lain-lain) dengan lapisan perlindungan.

31. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan pada hartanah anda jika anda gagal mematuhi bahagian Penghantaran Pesanan ini.

Refund Policy

Penukaran dan Pembatalan Pesanan

1. Sebarang penukaran dan pembatalan Pesanan tidak dibenarkan selepas bayaran disahkan. Sila hubungi kami di talian +60123334042 untuk mendapatkan bantuan lanjut.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Main Menu

(Gtr Product) Patty Burger Daging Segar